Monday, May 9, 2016

Persediaan Makanan Untuk Berkhemah

Tarikh: 28hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan / Burung
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Esok kami akan melawat ke Taman Rama-Rama dan Taman Burung KL. Jadi hari ini, kami pun membuat persediaan makanan untuk dibawakan esok sebagai makan tengah hari.
  • Makanan yang disediakan adalah kentang putar (mashed potatoes) dan telur rebus.
  • Kanak-kanak telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sekumpulan mengikut arahan Cikgu Ng (黄老师 ) untuk menyediakan kentang putar. Lagi sekumpulan pula menyediakan telur rebus bersama dengan saya.
  • Walaubagaimanapun, api dapur gas yang saya gunakan sangat kecil. Jadi kumpulan kami telah menunggu dengan lama untuk air itu mendidih. Akhirnya, kentang rebus pun telah siap direbuskan, kami pun pindahkan periuk kami ke dapur gas kentang rebus. Dalam 2 minit sahaja, air kami sudah mendidih. haha... 
  • Selepas penantian yang lama, mereka cepat-cepat mengopek kulit telur dan hancurkan telur dengan garpu, supaya boleh diberikan kepada Cikgu Ng untuk dicampurkan sekali dengan kentang putar dan mayonis.
  • Apabila makanan sudah siap, Cikgu Ng bagi setiap murid-murid rasa sedikit makanan yang disediakan mereka sebelum kami simpankan untuk esok. Mereka sangat gembira sebab makanan yang mereka masak sendiri sangat lazat!














No comments:

Post a Comment