Monday, May 2, 2016

Burung Helang, Pucung, dan Nuri

Tarikh: 25hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan / Burung
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Hari ini pula baca lagi 2 petikan yang mengenai burung, iaitu "Helang Mahu Tangkap Anak Kambing" dan "Burung Pucung Jadi Patung".
  • Di dalam petikan pertama, kanak-kanak dapat mengetahui bahawa helang adalah burung yang besar dan boleh menangkap haiwan yang besar seperti anak kambing. Sebelum ini, mereka ingat burung tidak besar sangat dan tidak cukup kuat untuk menangkap haiwan yang sebesar anak kambing.
  • Dalam petikan kedua pula, burung pucung boleh berpura-pura menjadi patung untuk mengelakkan diri ditangkapi orang, sangat cerdik.
  • Selepas itu, saya bagi kanak-kanak berkongsi buku-buku burung yang dibawakan mereka.
  • Akhirnya, saya telah memilih sebuah buku cerita yang bertajuk "Apa burung nuri boleh buat?" sebelum habis kelas. 
  • Di dalam cerita ini, mereka dapat tahu yang burung nuri bukan sahaja boleh berkata-kata, manakala ia boleh juga menunggang basikal kecil dan main sembunyi-sembunyi. Selain daripada itu, burung nuri dalam cerita ini sangat bising pada waktu tidur sehingga watak utama tidak boleh tidur lena.

No comments:

Post a Comment