Sunday, February 14, 2016

Malang Tidak Berbau

Minggu: 28hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini kami menonton cerita "Pada Zaman Dahulu: Ayam dan Helang".
  • Cerita ini menceritakan seekor ayam yang malang menghilangkan jarum emas yang dipinjam oleh helang dan tidak dapat dijumpai. Sejak itu, helang selalu mengejar ayam. 
  • Peribahasa untuk cerita ini adalah "Malang tidak berbau", maksudnya kemalangan yang berlaku dengan tiba-tiba.
  • Selepas itu, saya menunjuk mereka video beruk memetik kelapa. Beruk itu sangat pandai, ia tahu macam mana nak memilih dan memetik dengan cara memusingkan kelapa itu. Video ini juga menunjukkan cara pemetik kelapa melatihkan beruk itu memetik kelapa. (video ini dalam bahasa inggeris sebab saya tidak jumpa video dalam bahasa melayu yang lebih sesuai)

  • Sebelum habis kelas, saya bacakan petikan "Nelayan" seperti yang telah saya janjikan mereka.
  • Esok, kami akan bincang tentang perbezaan "Penangkap Ikan" dan "Nelayan".

No comments:

Post a Comment