Monday, February 29, 2016

Permainan Pekerjaan - Tahap 2

Tarikh: 25hb Feb, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Mulalah permainan tahap 2 hari ini.
  • Kali ini mereka dapat jawab dengan lebih laju berbanding dengan sebelum ini. 
  • Walaubagaimanpun, ada juga beberapa orang yang masih tidak faham macam mana nak main dan cara untuk memberitahu mana satu gambar. Jadi, saya terpaksa menerangkan sekali lagi dan mulakan lagi permainan supaya mereka boleh jawab.
  • Esok akan kami sambungkan lagi permainan ini.

Sunday, February 28, 2016

Permainan Pekerjaan - Introduksi Tahap 2

Tarikh: 24hb Feb, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini sambung lagi permainan minggu lepas. Akhirnya, semua orang sudah bermain dan pemenang untuk pusing pertama ini adalah Jing Zhe, Er Xuen, dan Jie Ming.
  • Saya perasan bahawa kebanyakan mereka tidak mengingati nombor dengan baik. Mereka perlukan masa untuk kira dari nombor satu sampai ke nombor yang mereka mahu sebut. Jadi, saya tukarkan peraturan kali ini. Mereka hanya perlu sebut nombor 1 dan 2 untuk baris menegak, dan huruf A ke D untuk baris mendatar.
  • Ada ramai masih tidak dapat ingat nama-nama untuk kelapan-lapan perkerjaan ini, jadi saya masih akan menulis nama-nama pekerjaan atas papan, dan mereka tunjukkan gambar yang berkenaan dengan menyebutkan lokasi gambar. Misalnya, gambar yang pertama adalah 1A, gambar keempat adalah 2B.
  • Hari ini permainan tahap 2 belum mula, tetapi membuat ulangkaji. Esok akan bermulanya tahap 2.


Permainan Pekerjaan - Tahap 1 (2)

Tarikh: 19hb Feb, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini kami sambungkan permainan semalam. Walaubagaimanapun, ada lagi yang tidak tahu peraturan permainan ini apabila sampai giliran mereka. 
  • Disebabkan itu, hari ini masih ada beberapa orang yang tak sempat bermain sebelum kelas habis.
  • Isnin depan akan kami sambungkan permainan ini.

Thursday, February 25, 2016

Permainan Pekerjaan - Tahap 1

Tarikh: 17hb Feb, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini mulalah permainan yang telah saya janjikan mereka sebelum ini.
  • Permainan ini akan diadakan dalam beberapa pusingan yang tahapnya akan ditingkatkan sikit demi sikit, tetapi dengan menggunakan kertas yang sama.
  • Tahap pertama: saya akan tuliskan nama-nama kesemua lapan pekerjaan di atas papan. Permainan ini adalah untuk individual, bukan dalam kumpulan. Setiap orang yang bermain, saya akan tunjukkan nama pekerjaan atas papan dan mereka perlu sebutkan nombor gambar yang padan dengan pekerjaan tersebut dalam masa 5 saat.
  • Hari ini hari yang pertama bermain, mereka masih belum biasa, jadi permainan ini berjalan dengan perlahan dan ramai yang tidak dapat skor sebab berasa cemas. Esok akan sambungkan lagi permainan ini supaya semua orang dapat bermain.

Wednesday, February 17, 2016

Pantun Buah Cempedak

Hari: 15hb Feb, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Selepas cuti seminggu untuk Tahun Baru Cina, hari ini kami membuat ulangkaji semua pantun-pantun yang telah mereka pelajari.
  • Disebabkan mereka boleh mengingati semua pantun-pantun dan boleh berpantun dengan lancar, saya mengajar mereka satu lagi pantun yang baru.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

  • Sebelum habis kelas, saya mengulangkaji nama-nama pekerjaan untuk setiap gambar yang ada atas kertas yang saya tunjukkan sebelum cuti. Esok akan kami mulakan permainan yang telah saya janjikan sebelum ini.



*Nota: 3hb Feb sehingga 5hb Feb tidak ada kelas sebab saya ambil cuti.

Tuesday, February 16, 2016

Peralatan Pekerjaan

Hari: 2hb Feb, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Seperti yang dijanjikan saya pada mereka, hari ini saya telah membawakan satu kertas yang mempunyai 8 gambar peralatan yang digunakan dalam perkerjaan yang berlainan. Saya suruh mereka cuba meneka perkerjaan untuk setiap gambar dan ajar mereka nama-nama setiap perkerjaan tersebut.
    • Tukang Kayu
    • Tukang Cat
    • Tukang Kebun
    • Ahli Muzik
    • Pembuat Tembok
    • Pelukis
    • Doktor
    • Petani
  • Sebelum habis kelas, saya suruh mereka cuba mengingati nama-nama setiap perkerjaan. Esok saya akan menyediakan satu permainan untuk mereka dengan nama-nama perkerjaan ini.

Burung Kakak Tua v2

Hari: 1hb Feb, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Berpantun
    • Tambah pantun baru - Burung kakak tua versi 2
Burung kakak tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat

  • Ulangkaji nama-nama semua pekerjaan yang telah dipelajari mereka dan kerja utama mereka.
  • Membincang tentang peralatan yang perlu digunakan dalam pekerjaan-pekerjaan tersebut, supaya mereka faham apa itu peralatan. Esok  saya akan bawa sekeping kertas yang mempunyai gambar-gambar peralatan yang digunakan dalam perkerjaan yang berlainan.

Nelayan VS Penangkap Ikan

Minggu: 29hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Berpantun
  • Sambung dengan perkerjaan nelayan. Terangkan bagaimana mereka berkerja di laut setiap hari.
  • Selepas itu, kami senaraikan perbezaan penangkap ikan dan nelayan menurut maklumat yang kami dapat di dalam dua petikan yang telah kami bacakan.
Penangkap Ikan                                       Nelayan     
- Menangkap ikan di sungai                - Menangkap ikan di laut   
- Guna serawan jala sahaja                - Guna pukat                     
- Kerja berseorangan                          - Ada beberapa pembantu

Sunday, February 14, 2016

Malang Tidak Berbau

Minggu: 28hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini kami menonton cerita "Pada Zaman Dahulu: Ayam dan Helang".
  • Cerita ini menceritakan seekor ayam yang malang menghilangkan jarum emas yang dipinjam oleh helang dan tidak dapat dijumpai. Sejak itu, helang selalu mengejar ayam. 
  • Peribahasa untuk cerita ini adalah "Malang tidak berbau", maksudnya kemalangan yang berlaku dengan tiba-tiba.
  • Selepas itu, saya menunjuk mereka video beruk memetik kelapa. Beruk itu sangat pandai, ia tahu macam mana nak memilih dan memetik dengan cara memusingkan kelapa itu. Video ini juga menunjukkan cara pemetik kelapa melatihkan beruk itu memetik kelapa. (video ini dalam bahasa inggeris sebab saya tidak jumpa video dalam bahasa melayu yang lebih sesuai)

  • Sebelum habis kelas, saya bacakan petikan "Nelayan" seperti yang telah saya janjikan mereka.
  • Esok, kami akan bincang tentang perbezaan "Penangkap Ikan" dan "Nelayan".

Monday, February 1, 2016

Nyanyi Lagu Geylang

Minggu: 27hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Kelas hari ini dipendekkan disebabkan mereka mempunyai kelas muzik.
  • Jadi, hari ini, kami hanya berpantun bersama-sama serta menyanyi lagu pantun baru, dan juga mengulangkaji nama-nama semua pekerjaan yang telah dipelajari mereka.

Geylang Si Paku Geylang

Minggu: 26hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Berpantun
    • Ulangkaji semua. Mungkin mereka sudah biasa berpantun, pantun yang mereka belajar terakhir sekali, baru dua kali kelas mereka sudah boleh hafalkan dan lafazkan dengan lancar sekali.
    • Pantun baru
Geylang si paku geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
  • Pantun ini ada dalam format lagu. Jadi, saya pun mengajar mereka menyanyi lagu ini supaya lebih menarik dan juga lebih senang untuk mereka mengingatinya.
  • Pekerjaan - ulangkaji nama-nama pekerjaan yang telah mereka belajar.

Penangkap ikan

Minggu: 22hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Berpantun - ulangkaji pantun baru yang mereka belajar
  • Hari ini baca petikan baru - "Penangkap ikan".
  • Penangkap ikan dalam petikan ini menangkap ikan di Sungai Pahang. Dia menangkap ikan dengan serawan jala dan menjualkan ikan-ikan yang ditangkap itu ke pasar.
  • Saya memberitahu mereka bahawa penangkap ikan adalah berlainan dengan nelayan. Saya berjanji kepada mereka jikalau esok mereka dapat mengingati nama-nama setiap pekerjaan yang telah mereka belajar, saya akan sambung ke pekerjaan nelayan dan carikan perbezaan penangkap ikan dan nelayan.

Penghantar Akhbar - Bahagian 2

Minggu: 20hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Berpantun
    • Ulangkaji
    • Pantun baru
Merbok di sangkar bersuara emas,
Setiap pagi makannya roti;
Guru bertukar saya tak cemas,
Yang pergi ada pengganti.
  • Sambungkan tentang "Penghantar Akhbar". Yang dalam petikan, penghantar akhbar ini membuat hantaran suratkhabar ke rumah-rumah dan mengutip bayaran pada setiap bulan. Tetapi selain rumah-rumah, ada banyak tempat juga ada menempah suratkhabar, seperti pejabat-pejabat, hotel, dan lain-lain. Tempat-tempat ini, penghantar akhbar tidak boleh mencampak tetapi perlu turun dan menghantar ke depan pintu-pintu setiap pelanggan.