Sunday, February 28, 2016

Permainan Pekerjaan - Introduksi Tahap 2

Tarikh: 24hb Feb, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini sambung lagi permainan minggu lepas. Akhirnya, semua orang sudah bermain dan pemenang untuk pusing pertama ini adalah Jing Zhe, Er Xuen, dan Jie Ming.
  • Saya perasan bahawa kebanyakan mereka tidak mengingati nombor dengan baik. Mereka perlukan masa untuk kira dari nombor satu sampai ke nombor yang mereka mahu sebut. Jadi, saya tukarkan peraturan kali ini. Mereka hanya perlu sebut nombor 1 dan 2 untuk baris menegak, dan huruf A ke D untuk baris mendatar.
  • Ada ramai masih tidak dapat ingat nama-nama untuk kelapan-lapan perkerjaan ini, jadi saya masih akan menulis nama-nama pekerjaan atas papan, dan mereka tunjukkan gambar yang berkenaan dengan menyebutkan lokasi gambar. Misalnya, gambar yang pertama adalah 1A, gambar keempat adalah 2B.
  • Hari ini permainan tahap 2 belum mula, tetapi membuat ulangkaji. Esok akan bermulanya tahap 2.


No comments:

Post a Comment