Thursday, January 21, 2016

Pilih Topik

Minggu: 11hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Berpantun
    • ulangkaji
    • pantun baru
Pergi ke sungai ikan ditangkap,
Pergi ke kedai duit dibawa;
Baik perangai kerja pun cekap,
Budak pandai jadi ketua.
  • Hari ini saya tanya sama ada mereka mahu sambung dengan topik haiwan, disebabkan dua petikan yang telah saya bacakan pada minggu lepas adalah mengenai haiwan, ataupun mahu pilih topik yang lain. Mereka telah menamakan beberapa topik. Selepas membuat undi, mereka telah memilih topik "Pekerjaan"
  • Esok akan kami mulakan topik terpilih ini.

Badak Sumbu - Bahagian 2

Minggu: 8hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Mari berpantun - ulang balik pantun-pantun yang telah mereka hafal
  • Sambung dengan petikan "Badak Sumbu"
    • Tanya murid-murid tentang badak sumbu yang ada dalam petikan
    • Kata-kata kunci yang telah mereka pelajari dalam petikan ini termasuk
      • paling kecil
      • badak sumbu Sumatera
      • tanduk yang pendek
      • badan
      • bulu yang kasar
      • tinggal sendirian
      • kumpulan kecil
      • merayau-rayau
      • rebung
      • daun

Tuesday, January 19, 2016

Badak Sumbu

Minggu: 7hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Ulangkaji pantun mengenai kembali ke sekolah pada tahun baru.
  • Tambah pantun baru yang seterusnya, masih dengan kandungan yang sama.
Langit biru laut pun biru,
Awan cuma nampak sedepa;
Kelas baru guru pun baru,
Kawan lama saya tak lupa.

  • Ulangkaji kandungan dan perkataan-perkataan dalam petikan "Gajah"
  • Mereka sudah boleh mengingati kandungan dan juga kebanyakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.
  • Baca petikan baru yang bertajuk "Badak Sumbu". Petikan ini menceritakan badak sumbu Malaysia yang digelar badak sumbu Sumatera.

Monday, January 18, 2016

Gajah - Bahagian 2

Minggu: 6hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Permulaan: berpantun (ulangkaji pantun yang sama)
  • Sambung petikan semalam - "Gajah". 
    • Saya tanya soalan yang mengenai kandungan petikan ini.
    • Tulis perkataan-perkataan yang ada di dalam petikan supaya mereka tahu ejaan dan lebih mengingati semua perkataan-perkataan baru ini.
    • Antara perkataan-perkataan yang mereka belajar adalah termasuk
      • binatang
      • hidup
      • kecil
      • merayau-rayau
      • luas
      • mencari
      • makanan
      • rumput
      • pucuk pokok palma
      • batang pokok
      • pisang liar
      • halia

Gajah

Minggu: 5hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini bermula dengan pantun yang mereka belajar semalam, supaya mereka boleh hafal.
  • Selepas itu, saya telah memilih buku "Saya Pandai Membaca Kaedah Suku Kata" yang mempunyai petikan-petikan untuk mengukuhkan suku kata yang telah mereka belajar serta mengenai lebih banyak perbendaharaan kata.
  • Hari ini saya telah memilih petikan bertajuk "Gajah" dalam bab "Dilahir di Malaysia".

Mari Berpantun

Minggu: 4hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Masa: 4.30pm - 5.30pm


Selamat menyambut tahun baru 2016! Tahun ini saya bermula dengan mengajar mereka pantun. Pantun yang pertama adalah mengenai tahun yang baru dan murid-murid balik semula ke sekolah, seperti mereka pada hari ini.

Sudah dibelah lalu diukir,
Pokok saga subur dibela;
Cuti sekolah sudah berakhir,
Esok kita ke sekolah semula.

Sunday, September 13, 2015

Pada Zaman Dahulu: Semut, Merpati, dan Gajah

Minggu: 24hb - 28hb Ogos, 2015

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Di Bandar
Masa: 3pm - 4pm


  • Ulangkaji mengenai pirana yang mereka pelajari pada minggu lepas
  • Minggu ini menonton video "Pada Zaman Dahulu: Semut, Merpati, dan Gajah"
  • Moral video ini - "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"
  • Untuk melatihkan pendengaran mereka, saya ulang video ini lagi sekali pada hari keesokannya.
  • Lepas itu, saya memilih salah satu tempat dalam video ini dan berhenti. Setiap kanak-kanak perlu cuba sebutkan satu ayat yang mengenai apa yang mereka nampak di dalam gambar itu.