Thursday, January 21, 2016

Pilih Topik

Minggu: 11hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Berpantun
    • ulangkaji
    • pantun baru
Pergi ke sungai ikan ditangkap,
Pergi ke kedai duit dibawa;
Baik perangai kerja pun cekap,
Budak pandai jadi ketua.
  • Hari ini saya tanya sama ada mereka mahu sambung dengan topik haiwan, disebabkan dua petikan yang telah saya bacakan pada minggu lepas adalah mengenai haiwan, ataupun mahu pilih topik yang lain. Mereka telah menamakan beberapa topik. Selepas membuat undi, mereka telah memilih topik "Pekerjaan"
  • Esok akan kami mulakan topik terpilih ini.

No comments:

Post a Comment