Monday, March 21, 2016

Topi Jerami & Penyodok

Tarikh: 8hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini Wei Xiang telah membawa permainan peralatan yang digunakan di halaman. Antaranya adalah kulir, serampang, pencakar, dan kekacip.
  • Saya tunjukkan setiap permainan itu, murid-murid sebutkan nama-nama peralatan tersebut.
  • Untuk peralatan yang lain, saya lukiskan gambar di atas papan dan mereka sebutkan nama-nama peralatan tersebut.
  • Mereka sudah boleh mengingati kebanyakan nama-nama peralatan dan juga penggunaannya. Jadi, saya tambahkan lagi 2 peralatan hari ini, iaitu topi jerami dan  penyodok.
  • Saya tunjukkan gambar-gambar ini dalam buku saya kepada mereka, supaya mereka tahu rupa dua benda ini.

No comments:

Post a Comment