Monday, March 21, 2016

Peralatan Tukang

Tarikh: 10hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini saya tunjukkan murid-murid gambar-gambar peralatan tukang.
  • Ada beberapa peralatan adalah peralatan yang telah mereka jumpai di dalam gambar kertas pekerjaan yang telah kami gunakan untuk permainan sebelum ini, tetapi tidak tahu nama-namanya.
  • Peralatan yang telah mereka belajar hari ini termasuk
    • penukul
    • gergaji
    • tangga
    • pemutar skru
    • skru
    • paku
Penukul
Gergaji

Tangga
Pemutar Skru

Paku
Skru

Lagu "Lompat Si Katak Lompat"

Tarikh: 9hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini kami belajar lagu "Didi & Friends: Lompat Si Katak Lompat". 
  • Pada mulanya, saya cuba mahu mencari lagu pantun "Lompat Si Katak Lompat" yang telah mereka pelajari, tetapi pantun ini tidak dijumpai. Manakala, saya terjumpa banyak versi yang lain pula. Jadi, saya telah pun memilih lagu ini yang lebih menarik untuk kanak-kanak.

Topi Jerami & Penyodok

Tarikh: 8hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini Wei Xiang telah membawa permainan peralatan yang digunakan di halaman. Antaranya adalah kulir, serampang, pencakar, dan kekacip.
  • Saya tunjukkan setiap permainan itu, murid-murid sebutkan nama-nama peralatan tersebut.
  • Untuk peralatan yang lain, saya lukiskan gambar di atas papan dan mereka sebutkan nama-nama peralatan tersebut.
  • Mereka sudah boleh mengingati kebanyakan nama-nama peralatan dan juga penggunaannya. Jadi, saya tambahkan lagi 2 peralatan hari ini, iaitu topi jerami dan  penyodok.
  • Saya tunjukkan gambar-gambar ini dalam buku saya kepada mereka, supaya mereka tahu rupa dua benda ini.

Monday, March 14, 2016

Pasu Bunga

Tarikh: 7hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini sambung dengan peralatan dan ulangkaji balik peralatan yang mereka pelajari semalam. Saya terjumpa mainan pencakar di kelas lain. Saya telah pinjamkan dan tunjukkan kepada mereka hari ini.
  • Saya mendapati nama-nama benda ini masih sukar untuk mereka mengingati sebab ada di antara mereka tidak pernah nampak beberapa peralatan yang saya tunjukkan. 
  • Peralatan baru - Pasu bunga

Pasu Bunga

Peralatan - Halaman

Tarikh: 4hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini kami mulakan topik baru - Peralatan.
  • Sebagai permulaan, saya mengajar mereka peralatan yang digunakan di halaman dan juga oleh tukang kebun.
  • Peralatan yang mereka pelajari hari ini adalah
Serampang
Kulir














      
Gunting Pencantas
     
Kekacip

Cara Memotong Buah Kelapa Sawit

Tarikh: 3hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini adalah pusingan terakhir untuk permainan tahap terakhir. Akhirnya, mereka dapat jawab lebih soalan dengan betul dan sudah mempunyai kumpulan yang menang.
  • Selepas itu, saya tunjukkan mereka video yang mengenai pekerjaan "Pemetik Buah Kelapa Sawit". Saya tunjukkan mereka video pekerja-pekerja ini memotong buah kelapa sawit dari cara tradisional ke cara moden yang menggunakan peralatan yang lebih canggih.






  • Selain daripada itu, saya juga tunjukkan mereka video pekerja-pekerja ini memuatkan buah kelapa sawit yang besar dan berat itu ke atas lori.

  • Hari ini adalah hari terakhir untuk topik pekerjaan. Esok akan kami mula dengan peralatan.

Hari Pantun

Tarikh: 2hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini kelas pendek disebabkan ada kelas muzik.
  • Jadi, kami hanya berpantun hari ini termasuk pantun yang baru mereka pelajari semalam.

Lompat Si Katak Lompat

Tarikh: 1hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Pantun baru
Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

  • Hari ini sudah sampai tahap terakhir untuk permainan pekerjaan. Untuk mempercepatkan, kali ini saya membahagikan mereka kepada 2 kumpulan. Kumpulan mana yang dapat jawab paling banyak nama-nama pekerjaan dengan betul adalah pemenang.
  • Disebabkan ini adalah kali ini pertama untuk tahap terakhir ini, ada ramai yang masih tidak tahu cara main dan kalah. Esok akan kami buat lagi satu pusingan yang terakhir sekali.

Tuesday, March 8, 2016

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Tarikh: 26hb, 29hb Feb, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Akhirnya, kami habiskan permainan tahap 2 dalam dua hari ini. Mereka juga lebih mengingati nama-nama pekerjaan untuk setiap gambar dan juga peralatan yang digunakan dalam setiap pekerjaan tersebut.
  • Pemenang kali ini terdapat 4 orang disebabkan ada 2 orang mendapati markah yang sama. Pemenang-pemenang tersebut adalah Kai Qi, Wei Xiang, Rui Xin, dan Yun Han. Tahniah kepada pemenang-pemenang ini!
  • Selain daripada permainan, kami juga berpantun.
  • Pantun baru:
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kami budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan