Monday, April 13, 2015

Badan Saya - Bersenam

Minggu: 6hb - 10hb April, 2015
Kelas: Durian

Guru: Cikgu Kok
Topik: Badan Saya
Masa: 3pm - 4pm



Minggu ini kami sambung dengan lagu Chichi Chacha. Mereka sangat suka menyanyi dan mempunyai peringatan yang sangat bagus. Mereka sudah dapat menghafal lirik lagu yang diajar selepas balik dari cuti hujung minggu lepas. Oleh itu, saya pun mengajar mereka yang seterusnya, iaitu bahagian dua - tangan dan kaki. Mereka sangat suka ayat yang terakhir sekali - bau kaki, apabila ditambah sekali dengan pergerakan tubuh. hahaha...

Sebelum hujung minggu ini, mereka juga sempat belajar bahagian ketiga. Dalam lirik bahagian ketiga ada sebut 'bersenam'. Saya ajar mereka apa itu bersenam dan suruh mereka menyebutkan beberapa senaman yang mereka suka. Disebabkan mereka belajar dengan laju, saya bagi mereka pilih satu senaman daripada tiga senaman (boling, bola sepak, bola keranjang) yang mereka suka. 

Akhirnya, mereka telah memilih bola keranjang. Saya pun membawa mereka ke bawah untuk main bola keranjang. Saya suruh mereka beratur di depan jaring dahulu. Lepas itu, setiap orang telah disuruh buat tiga aksi - bawa bola, pegang bola, baling bola. Kebanyakan mereka cuba membawa bola, tapi bukan semua dapat buat dengan betul. Walaubagaimanapun, kebanyakan mereka, tidak kira saiz kecil ke tinggi, dapat masukkan bola ke dalam jaring.

Latihan buku untuk minggu ini, mereka telah belajar beberapa perbendaharaan kata: bangun, bilik, gosok, sikat, baju. Mereka juga membuat latihan mengenai fungsi-fungsi tangan, iaitu tandakan betul pada fungsi-fungsi yang boleh dibuat dengan tangan.

No comments:

Post a Comment