Wednesday, April 29, 2015

Persembahan Mini

Minggu: 20hb - 24hb April, 2015
Kelas: Durian

Guru: Cikgu Kok
Topik: Badan Saya
Masa: 3pm - 4pm


Akhirnya, Jumaat ini adalah persembahan mini yang telah lama mereka berlatih. Justeru itu, minggu ini kebanyakan masa mereka berlatih lagu chichi chacha untuk persembahan ini. Walaubagaimanapun, kami ada selangkan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti membuat senaman, mencarikan benda-benda yang memenuhi syarat-syarat yang disebutkan saya, seperti benda yang bulat, benda yang berwarna ungu, dan lain-lain.

Dalam minggu ini, kami juga ada membuat latihan. Mereka telah menghabiskan latihan mengenai 'Diri Saya', minggu ini mereka telah memulakan latihan yang baru - 'Kenderaan'.

Pada hari Jumaat, mereka telah membuat satu persembahan yang menakjubkan. Mereka semua memakai kostum "orang tulang" dan menyanyi serta menari. Lagu ini sangat panjang dan laju untuk mereka, tapi mereka dapat menghafalkan dan menari dalam masa yang singkat ini. Terbaik!



Sunday, April 19, 2015

Badan + Arah

Minggu: 13hb - 17hb April, 2015
Kelas: Durian

Guru: Cikgu Kok
Topik: Badan Saya
Masa: 3pm - 4pm


Akhirnya, minggu ini kami telah habiskan lagu Chichi & Chacha! Murid-murid sudah dapat hafal lirik lagu sampai ke bahagian ketiga. Yang paling mencabari untuk mereka adalah bahagian terakhir sekali kerana dua ayat pertama itu, perkataan-perkataannya lebih panjang. Oleh itu, mereka perlu menyanyi dengan lebih padat dan ini adalah lebih susah untuk mereka. Tambahkan lagi, mereka perlu mengingati lirik lagu bahagian ini. Walaubagaimanapun, mereka telah berjaya habiskan satu lagu ini dengan pergerakan badan. Sekarang, mereka hanya perlu banyak berlatih supaya boleh menyanyi dan menari dengan lebih lancar sebab mereka telah berjanji nak buat satu persembahan kecil untuk guru besar pada 24hb April.

Selain berlatih dan belajar lagu ini, saya juga ada bagi sikit aktiviti-aktiviti untuk mereka untuk berehat sekejap dari latihan lagu ini. Seperti membuat senaman yang senang, dan juga belajar arah dengan menyuruh mereka melompat/melangkah ke depan/belakang/kiri/kanan. 

Untuk bahagian latihan, mereka telah menghabiskan kertas latihan mengenai "Diri Saya" pada minggu ini. Minggu ini mereka belajar fungsi-fungsi kaki dan mulut, seperti menyepak bola, berkata-kata, dan lain-lain. Perbendaharaan kata yang telah dibelajari mereka termasuk makan, van, hati, melukis, memberi, dan lain-lain.

Monday, April 13, 2015

Badan Saya - Bersenam

Minggu: 6hb - 10hb April, 2015
Kelas: Durian

Guru: Cikgu Kok
Topik: Badan Saya
Masa: 3pm - 4pm



Minggu ini kami sambung dengan lagu Chichi Chacha. Mereka sangat suka menyanyi dan mempunyai peringatan yang sangat bagus. Mereka sudah dapat menghafal lirik lagu yang diajar selepas balik dari cuti hujung minggu lepas. Oleh itu, saya pun mengajar mereka yang seterusnya, iaitu bahagian dua - tangan dan kaki. Mereka sangat suka ayat yang terakhir sekali - bau kaki, apabila ditambah sekali dengan pergerakan tubuh. hahaha...

Sebelum hujung minggu ini, mereka juga sempat belajar bahagian ketiga. Dalam lirik bahagian ketiga ada sebut 'bersenam'. Saya ajar mereka apa itu bersenam dan suruh mereka menyebutkan beberapa senaman yang mereka suka. Disebabkan mereka belajar dengan laju, saya bagi mereka pilih satu senaman daripada tiga senaman (boling, bola sepak, bola keranjang) yang mereka suka. 

Akhirnya, mereka telah memilih bola keranjang. Saya pun membawa mereka ke bawah untuk main bola keranjang. Saya suruh mereka beratur di depan jaring dahulu. Lepas itu, setiap orang telah disuruh buat tiga aksi - bawa bola, pegang bola, baling bola. Kebanyakan mereka cuba membawa bola, tapi bukan semua dapat buat dengan betul. Walaubagaimanapun, kebanyakan mereka, tidak kira saiz kecil ke tinggi, dapat masukkan bola ke dalam jaring.

Latihan buku untuk minggu ini, mereka telah belajar beberapa perbendaharaan kata: bangun, bilik, gosok, sikat, baju. Mereka juga membuat latihan mengenai fungsi-fungsi tangan, iaitu tandakan betul pada fungsi-fungsi yang boleh dibuat dengan tangan.

Chichi & Chacha: Anggota Badan Manusia

Minggu: 30hb Mac - 3hb April, 2015
Kelas: Durian

Guru: Cikgu Kok
Topik: Badan Saya
Masa: 3pm - 4pm


Minggu ini kami bersambung dengan topik mengenai badan saya. Saya telah mengajar mereka beberapa perbendaharaan kata yang baru, seperti: dahi, dagu, lengan, leher, dan lain-lain. Saya juga suruh mereka cuba mengeja perkataan-perkataan yang baru ini. Kebanyakan mereka dapat mengeja dengan tepat.

Saya telah juga tunjuk mereka satu video yang mengenai lagu anggota badan. Tajuk video itu ialah Chichi & Chacha: Anggota Badan Manusia. Lirik lagu ini ada banyak perkataan yang mengenai anggota badan dan juga fungsi-fungsinya. Selain itu, saya berasa melodi lagu ini sangat sedap. Jadi, saya suruh mereka belajar menyanyi lagu ini bersama-sama.

Saya sediakan lirik lagu ini dan bagi mereka semua orang satu salinan. Lepas itu, saya membahagikan lagu ini kepada empat bahagian. Saya mengajar mereka yang bahagian pertama dahulu, iaitu mengenai kepala dan muka. Saya ajar mereka tambahkan pergerakan badan supaya lebih senang untuk mereka menghafal lirik lagu itu.


Chichi & Chacha: Anggota Badan Manusia

Tubuh kita ada banyak anggotanya, 
paling utama tentunya kepala kita.
Hidung mulut mata telinga, banyak fungsinya.
Hidu makan lihat dengar, penting semuanya.

Tangan kiri dan kanan di sisi kita,
bilang jari kita semua. Sepuluh jumlahnya!
Guna kaki untuk berdiri, berjalan, berlari.
Buka kasut basuh kaki, nanti bau kaki.

Badan yang sihat, memerlukan tulang yang kuat.
Mesti cukup rehat, tapi jangan banyak sangat.
Tubuh yang lemah, datang menjemput demam.
Jangan berlengah, ayuh bersenam.

Dari kepala ke hujung kaki, perlu disayangi.
Cuci rambut setiap hari, jaga kebersihan diri.
Dua kali setahun jumpa doktor gigi.
Badan sihat otak cerdas, kita senang hati.




Tuesday, April 7, 2015

Diri Saya

Minggu: 23hb - 28hb Mac, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Tema: Badan Saya
Masa: 3pm - 4pm

Minggu ini kami belajar mengenai Diri Saya. Kami bermula dengan jantina, lepas tu muka dan badan. Mereka sudah kenal kebanyakan perbendaharaan kata mengenai badan, oleh itu mereka dapat belajar dengan cepat. 

Sebelum bagi mereka buat latihan, saya menguji mereka dengan menyuruh mereka baca dan tunjuk di mana anggota badan yang disebut. Selain itu, saya juga menyuruh mereka cuba mengeja perbendaharaan kata yang telah mereka belajar. Kebanyakan mereka dapat jawab tanpa masalah.

Latihan mengenai badan saya telah diberikan mereka. Latihan yang diberikan adalah seperti menulis nama anggota badan, padankan gambar anggota badan dengan fungsi-fungsi yang diberi (eg: 'menonton tv' dipadankan dengan gambar mata), dan lain-lain.