Hari ini saya tunjukkan murid-murid gambar-gambar peralatan tukang.
Ada beberapa peralatan adalah peralatan yang telah mereka jumpai di dalam gambar kertas pekerjaan yang telah kami gunakan untuk permainan sebelum ini, tetapi tidak tahu nama-namanya.
Peralatan yang telah mereka belajar hari ini termasuk
Hari ini kami belajar lagu "Didi & Friends: Lompat Si Katak Lompat".
Pada mulanya, saya cuba mahu mencari lagu pantun "Lompat Si Katak Lompat" yang telah mereka pelajari, tetapi pantun ini tidak dijumpai. Manakala, saya terjumpa banyak versi yang lain pula. Jadi, saya telah pun memilih lagu ini yang lebih menarik untuk kanak-kanak.
Hari ini Wei Xiang telah membawa permainan peralatan yang digunakan di halaman. Antaranya adalah kulir, serampang, pencakar, dan kekacip.
Saya tunjukkan setiap permainan itu, murid-murid sebutkan nama-nama peralatan tersebut.
Untuk peralatan yang lain, saya lukiskan gambar di atas papan dan mereka sebutkan nama-nama peralatan tersebut.
Mereka sudah boleh mengingati kebanyakan nama-nama peralatan dan juga penggunaannya. Jadi, saya tambahkan lagi 2 peralatan hari ini, iaitu topi jerami dan penyodok.
Saya tunjukkan gambar-gambar ini dalam buku saya kepada mereka, supaya mereka tahu rupa dua benda ini.
Hari ini sambung dengan peralatan dan ulangkaji balik peralatan yang mereka pelajari semalam. Saya terjumpa mainan pencakar di kelas lain. Saya telah pinjamkan dan tunjukkan kepada mereka hari ini.
Saya mendapati nama-nama benda ini masih sukar untuk mereka mengingati sebab ada di antara mereka tidak pernah nampak beberapa peralatan yang saya tunjukkan.
Hari ini adalah pusingan terakhir untuk permainan tahap terakhir. Akhirnya, mereka dapat jawab lebih soalan dengan betul dan sudah mempunyai kumpulan yang menang.
Selepas itu, saya tunjukkan mereka video yang mengenai pekerjaan "Pemetik Buah Kelapa Sawit". Saya tunjukkan mereka video pekerja-pekerja ini memotong buah kelapa sawit dari cara tradisional ke cara moden yang menggunakan peralatan yang lebih canggih.
Selain daripada itu, saya juga tunjukkan mereka video pekerja-pekerja ini memuatkan buah kelapa sawit yang besar dan berat itu ke atas lori.
Hari ini adalah hari terakhir untuk topik pekerjaan. Esok akan kami mula dengan peralatan.