Sunday, April 17, 2016

Burung Enggang

Tarikh: 21hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan / Burung
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Baca petikan "Burung Enggang".

  • Selepas membaca dan memahami petikan ini, mereka berpura-pura menjadi burung enggang. Yang paling mereka suka selain "terbang" di dalam kelas adalah mengeluarkan bunyi bising. haha...
  • Pada masa yang sama, saya juga mengajar mereka "awan". Sebenarnya mereka telah belajar perkataan ini dalam pantun sebelum ini, tetapi mereka telah lupa maksudnya. Apabila saya ajarkan lagi, mereka baru ingat dan mula berpantun.

Thursday, April 14, 2016

Burung Tiung

Tarikh: 18hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan / Burung
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Hari ini ada seorang murid-murid telah membawa sebuah buku kamus bergambar. Di dalam buku terdapat banyak burung.
  • Saya tunjukkan burung-burung yang terdapat di dalam buku tersebut dan ajar mereka nama-namanya, antaranya termasuk
    • Helang
    • Undan
    • Pipit
    • Tiung
    • Murai
    • Gagak

Helang
Undan
Pipit
Tiung
Murai
Gagak

Bahagian Burung

Tarikh: 16hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan / Burung
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Hari ini kami bincang tentang pembuatan penggolek cat. Kami nak cuba membuat penggolek cat sendiri.
  • Dalam perbincangan ini, murid-murid telah mencadangkan bahan-bahan yang diperlukan untuk projek ini.
    • Botol air plastik
    • Kapas
    • Dawai
    • Dahan pokok
  • Pada minggu depan, kami akan mulakan projek ini.
  • Selepas itu, kami sambung dengan burung-burung. Saya mengajar mereka perkataan yang berkaitan dengan burung.
    • terbang
    • kepak
    • cakar
    • paruh
    • bulu
    • bulu

paruh
cakar

Sunday, April 10, 2016

Kertas Kerja - Peralatan Halaman

Tarikh: 15hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Sebelum ini, mereka asyik minta saya bagi mereka membuat kertas kerja mengenai peralatan. Jadi hari ini, saya bagi mereka cuba menulis nama-nama peralatan halaman.
  • Walaubagaimanapun, sekarang masih terlalu awal untuk mereka membuat kertas kerja ini. Mereka ambil masa yang sangat lama, walaupun jawapan telah ditulis atas papan tulis. Mereka belum biasa merujuk papan tulis dan padankan dengan kertas mereka.
  • Akhirnya, kebanyakan mereka berjaya menghabiskan kerja ini dengan betul. Pada masa itu, kelas pun dah berakhir.


Thursday, April 7, 2016

Belatuk & Flamingo

Tarikh: 14hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Hari ini saya membawa peti peralatan tadika ke kelas, untuk menunjukkan mereka peralatan tukang yang telah mereka pelajari.
  • Walaubagaimanapun, kebanyakan peralatan yang dijumpai di dalam peti tersebut adalah peralatan yang sama, seperti penukul, pemutar skru, dan lain-lain.
  • Selepas itu, kami mengulangkaji burung-burung yang telah mereka pelajari pada Jumaat lepas, sebelum saya menunjukkan mereka dua lagi jenis burung, iaitu
    • burung belatuk
    • burung flamingo
Burung Belatuk
Burung Flamingo

Wednesday, April 6, 2016

Burung-Burung

Tarikh: 11hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini kami belajar mengenai burung-burung, dalam dua minggu nanti mereka akan pergi melawat ke Taman Burung KL.
  • Saya telah mencarikan gambar untuk beberapa jenis burung yang boleh dijumpai mereka di Taman Burung, termasuk:
    • burung nuri
    • burung merak
    • burung enggang
    • burung merpati
    • ayam hutan
    • burung hantu
Ayam hutan

Burung Hantu

Burung Enggang

Burung Merak

Burung Merpati

Burung Nuri