Wednesday, August 26, 2015

Pirana

Minggu: 17hb - 21hb Ogos, 2015

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Di Bandar
Masa: 3pm - 4pm


  • Sambung dengan cerita minggu lepas - Payung Cendawan
  • Selepas mengulang semula, mereka bermula lagi permainan 'lukis dan teka' seperti minggu lepas
  • Setelah pernah bermain sekali pada minggu lepas, kali ini lebih banyak pelajar yang dapat meneka dengan betul.
  • Petikan baru dari buku 'Saya Pandai Membaca‘ pada minggu ini bertajuk - ’Pirana'
  • Mereka tidak mengenali ikan ini sebelum ini.
  • Dalam petikan ini, mereka dapat belajar perkataan baru serta mengenali ikan pirana, termasuk
    • gigi yang tajam
    • rahang yang kuat
    • menyerang haiwan yang besar dalam beberapa minit sahaja
    • pernah menyerang kuda dan manusia

Monday, August 24, 2015

Payung Cendawan

Minggu: 10hb - 14hb Ogos, 2015

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Di Bandar
Masa: 3pm - 4pm


  • Sambung cerita "Terima Kasih, Bebo!" pada minggu lepas. Minggu ini main permainan "lukis dan teka".
  • Saya memilih seorang pelajar dan tunjukkan salah satu perkataan dalam cerita tersebut. 
  • Pelajar itu perlu melukis supaya kawan-kawan dia boleh meneka perkataan yang dilukiskannya.
  • Selepas itu, saya baca pula cerita 2 dalam buku yang sama. Tajuknya ialah "Payung Cendawan".
  • Dalam cerita ini juga mempunyai Bebo, si beruang, yang telah muncul di dalam cerita 1.
  • Haiwan-haiwan yang lain di dalam cerita ini adalah
    • Bani, si arnab
    • Lelo, si landak
    • Cici, si ayam
    • Moki, si monyet
  • Pantun cerita 2
Payung Ketika Hujan

Sejuk dan basah apabila hujan,
Tapi tiada kerisauan dan ketakutan,
Benda yang pasti kami gunakan,
Payung untuk berlindung dari hujan



Monday, August 17, 2015

Terima Kasih, Bebo!

Minggu: 3hb - 7hb Ogos, 2015

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Di Bandar
Masa: 3pm - 4pm


  • Baca petikan dalam buku "Saya Pandai Membaca", fahamkan dan berlakon.
  • Dengan berlakon, mereka boleh berlatih untuk bertutur dalam bahasa malaysia dan juga dalam ayat penuh.
  • Saya bacakan buku cerita "Terima kasih, Bebo!", mereka mendengar tanpa melihat gambar dalam buku. Ini adalah untuk melatihkan mereka biasakan mendengar.
  • Mereka boleh melihat gambar-gambar dalam buku selepas cerita sudah habis dibaca dan diterangkan.
  • Selepas setiap muka surat habis dibaca, mereka perlu sebutkan perkataan-perkataan yang didengari mereka.
  • Cerita ini ada banyak ayat-ayat yang berulang, hanya subjek yang diubahkan sahaja.
  • Perbendaharaan kata yang selalu berulang adalah termasuk
    • musim bunga
    • suata benda yang bulat seperti sebiji bola
    • rupa-rupanya

Sunday, August 9, 2015

Tanda Isyarat Lalu Lintas

Minggu: 27hb - 31hb Julai, 2015

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Di Bandar
Masa: 3pm - 4pm


  • Sambung dengan tanda isyarat lalu lintas.
  • Tunjuk mereka tanda-tanda isyarat yang lain, seperti "belok kanan", "jalan bengkang-bengkok", "jalan semakin sempit", dan lain-lain
  • Mengajar mereka perkataan yang baru melalui tanda isyarat dan maksud setiap tanda isyarat.
  • Selain daripada itu, mereka ada membuat aktiviti kertas, iaitu melukiskan jarum jam atas jam mengikut waktu yang diberikan atas kertas itu.

  • Baca petikan dalam buku "Saya Pandai Membaca" - Abang Lang Pulang


Wednesday, August 5, 2015

Di Bandar

Minggu: 20hb - 24hb Julai, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Di Bandar
Masa: 3pm - 4pm


  • Buku besar, unit baru - "Di Bandar"
  • Belajar nama-nama bangunan yang boleh dijumpai di bandar, seperti pejabat pos, perpustakaan, panggung wayang, dan lain-lain.
  • Mengenali kegunaan bagunan-bagunan ini, misalnya "Kita boleh membaca dan meminjam buku di perpustakaan", "Kita boleh menonton wayang di panggung wayang", dan lain-lain. 
  • Selain daripada itu, mereka juga belajar tentang tanda isyarat lalu lintas.


Sunday, August 2, 2015

Pekerjaan

Minggu: 13hb - 17hb Julai, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Pekerjaan
Masa: 3pm - 4pm


  • Unit baru buku besar - "Pekerjaan"
  • Mereka bergilir-gilir memberitahu pekerjaan ibu bapa dalam ayat penuh. Misalnya, 'Bapa saya seorang guru.'
  • Kebanyakan mereka tidak tahu apa pekerjaan ibu bapa mereka. Saya perlu merujuk kepada maklumat yang diberi dan terangkan kepada mereka.
  • Lepas itu, mereka bergilir-gilir memberitahu cita-cita mereka dalam ayat penuh.
  • Kebanyakan mereka telah memilih bomba dan polis sebagai cita-cita mereka.