Friday, August 26, 2016

Resepi Tempe Goreng

Tarikh: 11hb Ogos, 2016
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Tema: Masak-masak
Masa: 4.00pm - 5.30pm
  • Tunjuk buku memasak untuk kanak-kanak
    • Terjumpa buku ini di perpustakaan Selangor dan di dalam buku ini ada resepi tempe goreng
  • Berpantun
  • Menyanyi

Thursday, August 25, 2016

Bahan-bahan Tempe Goreng

Tarikh: 10hb Ogos, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 4.00pm - 5.30pm

  • Bahan-bahan yang diperlukan untuk tempe goreng
    • tempe
    • kicap
    • bawang putih
    • minyak
  • Tunjukkan gambar tempe dan video tempe goreng

Tempe

Tarikh: 9hb Ogos, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 4.00pm - 5.30pm

  • Memperkenalkan tempe
    • makanan yang sangat berkhasiat, mempunyai protein yang tinggi
    • boleh mencegah Anemia
    • diperbuat daripada kacang soya, seperti tahu, tapi ini lebih keras dan lebih berkhasiat
  • Berpantun
  • Petikan "Kerepek Ubi"
  • Menyanyi


Sunday, August 21, 2016

Masakan Seterusnya - "Tempe Goreng"

Tarikh: 8hb Ogos, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 5.00pm - 5.30pm

  • Kelas muzik
  • Tukar masakan
    • Minggu lepas disebabkan tadika tertutup, tidak dapat sambung dengan masakan telur. Selepas perbincangan, mereka membuat keputusan untuk membuat masakan yang baru.
  • Masakan baru - "Tempe Goreng"
    • Saya terjumpa sebuah buku masakan antarabangsa untuk kanak-kanak di perpustakaan. Di dalam ada resepi tempe goreng yang saya rasa mungkin kebanyakan antara mereka tidak pernah makan. 
    • Tempe adalah lebih biasa dimakan di bangsa Melayu, tetapi mungkin jarang atau tidak pernah dimakan bangsa Cina. Jadi, saya mahu mereka merasa masakan yang baru untuk kebanyakan mereka.
    • Mereka setuju dengan pilihan saya.
  • Menyanyi
    • Ulangkaji perkataan rasa dan ramuan yang telah mereka pelajari dengan cara menyanyi lagu "Are you sleeping?"
    • misalnya: manis, masam, masin, dan lain-lain lagi

Monday, August 15, 2016

Perbincangan Bahan Masakan

Tarikh: 1hb Ogos, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 5.00pm - 5.30pm

  • Kelas muzik
  • Sambung tanam bawang merah
    • ada lagi beberapa murid yang telah membawa botol plastik hari ini
  • Perbincangan bahan masakan
    • bincang sama ada masih mahu sambung dengan masakan telur atau mahu mulakan dengan bahan yang lain.
    • keputusan: habiskan masakan telur mata dan telur goreng hancur sebelum tukar ke bahan lain.

Memasak Telur

Tarikh: 22hb Julai, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 4.00pm - 5.30pm

  • Hari ini kami memasak beberapa jenis masakan telur
    • telur setengah masak (tak berjaya, menjadi telur rebus... haha...)
    • telur kukus Cina
    • telur dadar
    • telur dadar tebal
  • Kanak-kanak dibahagikan kepada tiga kumpulan
    • telur - bertanggungjawab sediakan telur yang diperlukan
    • tomato - potong tomato kepada dadu
    • bawang - hiriskan bawang
  • Mereka keluar bergilir-gilir untuk memasukkan bahan-bahan yang diperlukan semasa memasak telur-telur ini.
  • Selepas habis memasak dan memakan, masakan telur yang mereka suka mengikut urutan adalah
    • telur dadar
    • telur rebus
    • telur dadar tebal
    • telur kukus
*Sibuk membuat persediaan dan memasak, lupa mengambil gambar :(

Monday, August 8, 2016

Projek Tanam Daun Bawang

Tarikh: 21hb Julai, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 4.00pm - 5.30pm

  • Projek “Tanam Daun Bawang":
    • Dalam masakan telur, ada yang menggunakan bawang dan juga daun bawang. Mereka tidak pernah tanam daun bawang.
    • Persediaan: setiap orang membawakan satu botol plastik
    • Sesiapa yang bawakan botol plastik dahulu boleh bermula menanam daun bawang
  • Tunjukkan video "Telur Kukus Cina" (video ini dalam bahasa Kantonis sebab tidak menjumpai video berkaitan dalam bahasa Melayu)
    • Sambil menunjukkan mereka bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk memasak dalam video, saya membuat penerangan.