Hari ini ada kelas muzik, jadi kelas hari ini hanya 30 minit.
Ajar mereka selain telur ayam yang biasa kami makan
Telur masin
Telur abad
Tunjuk gambar dan maklumat mengenai telur masin
biasanya menggunakan telur itik disebabkan telur kuningnya lebih besar
diawet dengan menggunakan garam untuk mengekalkan ketahanannya.
dulu adalah hasil perdagangan yang penting untuk orang-orang China yang mengembara ke luar negeri sebagai bahan bekal dan bahan perdagangan. Telur-telur ini biasanya disimpan di dalam tempayan.
Esok kami akan melawat ke Taman Rama-Rama dan Taman Burung KL. Jadi hari ini, kami pun membuat persediaan makanan untuk dibawakan esok sebagai makan tengah hari.
Makanan yang disediakan adalah kentang putar (mashed potatoes) dan telur rebus.
Kanak-kanak telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sekumpulan mengikut arahan Cikgu Ng (黄老师 ) untuk menyediakan kentang putar. Lagi sekumpulan pula menyediakan telur rebus bersama dengan saya.
Walaubagaimanapun, api dapur gas yang saya gunakan sangat kecil. Jadi kumpulan kami telah menunggu dengan lama untuk air itu mendidih. Akhirnya, kentang rebus pun telah siap direbuskan, kami pun pindahkan periuk kami ke dapur gas kentang rebus. Dalam 2 minit sahaja, air kami sudah mendidih. haha...
Selepas penantian yang lama, mereka cepat-cepat mengopek kulit telur dan hancurkan telur dengan garpu, supaya boleh diberikan kepada Cikgu Ng untuk dicampurkan sekali dengan kentang putar dan mayonis.
Apabila makanan sudah siap, Cikgu Ng bagi setiap murid-murid rasa sedikit makanan yang disediakan mereka sebelum kami simpankan untuk esok. Mereka sangat gembira sebab makanan yang mereka masak sendiri sangat lazat!
Hari ini pula baca lagi 2 petikan yang mengenai burung, iaitu "Helang Mahu Tangkap Anak Kambing" dan "Burung Pucung Jadi Patung".
Di dalam petikan pertama, kanak-kanak dapat mengetahui bahawa helang adalah burung yang besar dan boleh menangkap haiwan yang besar seperti anak kambing. Sebelum ini, mereka ingat burung tidak besar sangat dan tidak cukup kuat untuk menangkap haiwan yang sebesar anak kambing.
Dalam petikan kedua pula, burung pucung boleh berpura-pura menjadi patung untuk mengelakkan diri ditangkapi orang, sangat cerdik.
Selepas itu, saya bagi kanak-kanak berkongsi buku-buku burung yang dibawakan mereka.
Akhirnya, saya telah memilih sebuah buku cerita yang bertajuk "Apa burung nuri boleh buat?" sebelum habis kelas.
Di dalam cerita ini, mereka dapat tahu yang burung nuri bukan sahaja boleh berkata-kata, manakala ia boleh juga menunggang basikal kecil dan main sembunyi-sembunyi. Selain daripada itu, burung nuri dalam cerita ini sangat bising pada waktu tidur sehingga watak utama tidak boleh tidur lena.