Monday, February 1, 2016

Penghantar Akhbar - Bahagian 2

Minggu: 20hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Berpantun
    • Ulangkaji
    • Pantun baru
Merbok di sangkar bersuara emas,
Setiap pagi makannya roti;
Guru bertukar saya tak cemas,
Yang pergi ada pengganti.
  • Sambungkan tentang "Penghantar Akhbar". Yang dalam petikan, penghantar akhbar ini membuat hantaran suratkhabar ke rumah-rumah dan mengutip bayaran pada setiap bulan. Tetapi selain rumah-rumah, ada banyak tempat juga ada menempah suratkhabar, seperti pejabat-pejabat, hotel, dan lain-lain. Tempat-tempat ini, penghantar akhbar tidak boleh mencampak tetapi perlu turun dan menghantar ke depan pintu-pintu setiap pelanggan.

Sunday, January 31, 2016

Penghantar Akhbar

Minggu: 19hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Berpantun
  • Sambung penerangan tentang pekerjaan pemungut hasil hutan. Misalnya, buah-buah hutan yang dicarikan boleh dijual kepada orang yang berniaga di pasar. Akar-akar kayu pula boleh dijadikan ubat.
  • Petikan baru - "Penghantar Akhbar".
  • Pekerjaan ini adalah pekerjaan yang murid-murid lebih mengenali berbanding the perkerjaan yang kami bacakan sebelum ini.
  • Dalam petikan ini, penghantar akhbar ini adalah seorang perempuan dan menghantar suratkhabar ke rumah-rumah dengan menaiki motosikal. Awal-awal pagi, dia perlu pergi ke kilang akhbar dahulu untuk mengumpulkan akhbar untuk dihantar. Cara dia menghantar akhbar adalah mencampak sahaja ke dalam rumah.

Pemungut Hasil Hutan

Minggu: 18hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Berpantun
  • Sambung dengan petikan "Pengayuh Beca", ajar mereka perkataan-perkataan di dalam petikan.
    • mengayuh beca
    • menghantar anak
    • berniaga
    • mencari pelanggan
    • bandar
    • tambang
  • Petikan baru - "Pemungut Hasil Hutan"
  • Pekerjaan ini adalah memungut hasil-hasil hutan untuk dijual kepada pemborong. Benda-benda yang dicarikan termasuk buah-buah hutan dan akar-akar kayu.

Thursday, January 28, 2016

Pengayuh Beca

Minggu: 15hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Mari berpantun - ketiga-tiga pantun yang telah mereka pelajari
  • Bacakan petikan baru - "Pengayuh Beca"
  • Kebanyakan mereka pernah nampak dan naik beca. Petikan ini menceritakan pengayuh beca di Kota Bharu. Awal-awal pagi, selepas dia hantar anaknya pergi ke sekolah dan isterinya pergi berniaga di pasar Kota Bharu, dia pun mula mencari pelanggan di sekitar bandar. Tambang dia adalah antara tiga atau empat ringgit seorang.
  • Apabila mereka dengar yang tambangnya antara tiga atau empat ringgit seorang, mereka cakap murahnya tambangnya, tetapi kerjanya sangat penat sebab perlu kayuh dengan kaki.

Wednesday, January 27, 2016

Pencari Madu Lebah

Minggu: 14hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Ulangkaji nama-nama pekerjaan yang telah saya bacakan.
  • Petikan hari ini - "Pencari Madu Lebah"
  • Pencari madu lebah ini tidak sama dengan yang memelihara lebah untuk dapatkan madu. Dia perlu membawa baldi, daun kelapa kering dan mancis pergi ke hutan untuk mencarikan sarang lebah. Apabila sarang lebah dijumpai, dia membakar daun kelapa untuk menghasilkan asap supaya lebah akan lari keluar dari sarang. Selepas itu, dia pun boleh mengambil sarang itu dan letak di dalam baldi untuk mendapatkan madu lebah itu.

Pemetik Buah Kelapa Sawit

Minggu: 13hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Hari ini saya bacakan petikan yang seterusnya - "Pemetik Buah Kelapa Sawit"
  • Tunjukkan gambar dalam buku untuk menunjukkan rupa buah kelapa sawit.
  • Buah kelapa sawit kecil-kecil dan bertandan.
  • Pemetik buah kelapa sawit itu potongkan tandan kelapa sawit dan buah-buah kelapa sawit gugur. Selepas itu, mereka hanya perlu kumpulkan di suatu tempat untuk lori datang membawa ke kilang.

Monday, January 25, 2016

Pemetik Kelapa

Minggu: 12hb Jan, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Pekerjaan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Berpantun - ulangkaji semua
  • Dalam buku "Saya Pandai Membaca", bab "Kehidupan Malaysia Sehari", terdapat beberapa petikan tentang pekerjaan yang jarang kita akan terfikir. Saya rasa ini adalah sangat menarik berbanding dengan pekerjaan seperti "doktor", "polis" yang budak-budak sudah sangat biasa.
  • Hari ini, saya bacakan petikan yang pertama - "Pemetik Kelapa".
  • Dalam petikan ini, mereka dapat tahu bahawa pemetik kelapa mempunyai seekor beruk yang pandai untuk membantunya memetik kelapa.