Sunday, July 31, 2016

Rasa

Tarikh: 19hb Julai, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 4.00pm - 5.30pm

  • Buku cerita - "Rasa"
    • ajar mereka 7 rasa
      • manis
      • masam
      • masin
      • tawar
      • pedas
      • kelat
      • pahit
    • nama bahan-bahan perasa dan bahan keperluan untuk memasak
      • cuka
      • garam
      • kicap
      • gula
      • minyak

Wednesday, July 20, 2016

Menyanyi "Telur"

Tarikh: 18hb Julai, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 5.00pm - 5.30pm

  • Hari ini ada kelas muzik - kelas muzik mereka telah ditukar ke setiap Isnin mulai minggu ini.
  • Menyanyi - lagu "telur"
    • Ganti lain-lain nama masakan telur

Tuesday, July 19, 2016

Menyanyi Sambil Bermain

Tarikh: 15hb Julai, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 4.00pm - 5.30pm

  • Ulangkaji nama-nama telur dan masakan telur yang saya ajar semalam.
  • Menyanyi
    • Lagu "telur"
    • Tukar nama-nama telur
    • Permainan
      • Padamkan beberapa perkataan. Gantikan tempat-tempat kosong ini dengan tepukan tangan.
Saya suka ___ telur
Sedapnya ____
Ada ___ mata
Ada telur ___
Telur ___ goreng ___
    • Lagu "Selamat Hari Raya"

Monday, July 18, 2016

Pelbagai Jenis Telur dan Masakan Telur

Tarikh: 14hb Julai, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 4.00pm - 5.30pm

  • Tunjukkan gambar-gambar pelbagai jenis telur dan masakan telur
Telur abad

Telur bistik

Telur bungkus

Telur dadar tebal

Telur dadar

Telur goreng hancur

Telur masin

Telur masin

Telur mata

Telur pindang

Telur rebus goreng sambal

Telur rebus

Telur setengah masak
  • Menyanyi
    • Guna lagu "Are you sleeping?", masukkan lirik baru tentang telur
Saya suka makan telur
Sedapnya, sedapnya
Ada telur mata
Ada telur dadar
Telur rebus goreng sambal
    • Perkataan yang tebal adalah perkataan yang boleh diganti dengan perkataan lain yang berkaitan.

Thursday, July 14, 2016

Telur Masin

Tarikh: 13hb Julai, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 5.00pm - 5.30pm

  • Hari ini ada kelas muzik, jadi kelas hari ini hanya 30 minit.
  • Ajar mereka selain telur ayam yang biasa kami makan
    • Telur masin
    • Telur abad
  • Tunjuk gambar dan maklumat mengenai telur masin
    • biasanya menggunakan telur itik disebabkan telur kuningnya lebih besar
    • diawet dengan menggunakan garam untuk mengekalkan ketahanannya.
    • dulu adalah hasil perdagangan yang penting untuk orang-orang China yang mengembara ke luar negeri sebagai bahan bekal dan bahan perdagangan. Telur-telur ini biasanya disimpan di dalam tempayan.


Cara Memasak

Tarikh: 12hb Julai, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: Masak-masak

Masa: 4.00pm - 5.30pm

  • Ajar mereka nama-nama pelbagai cara memasak
    • rebus
    • goreng
    • kukus
    • bakar
  • Memperkenalkan jenis masakan telur
    • rebus
    • goreng
    • kukus
  • Buku cerita - "Bento"

Pilih Tema Baru

Tarikh: 11hb Julai, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Tema: - (belum pilih)

Masa: 4.00pm - 5.30pm

  • Hari ini kelas pertama selepas tema yang lepas. Jadi hari ini memilih tema baru.
    • Pilihan yang murid-murid mencadangkan adalah
      • Masak-masak
      • Negara
    • Kebanyakan mereka telah memilih "Masak-masak".
    • Kami bincangkan mahu mula dengan mana satu jenis masakan, antara pilihan adalah
      • sarapan
      • tengah hari/malam
      • minum petang
    • Mereka telah memilih makanan untuk "minum petang".
    • Makanan yang pertama dipilihkan mereka adalah - "telur".
  • Menyanyi
    • Selamat hari raya - sempena Hari Raya Aidilfitri, saya ajar mereka lagu raya yang terkenal ini

    • Lompat si katak lompat
    • Geylang si paku geylang