Monday, May 9, 2016

Persediaan Makanan Untuk Berkhemah

Tarikh: 28hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan / Burung
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Esok kami akan melawat ke Taman Rama-Rama dan Taman Burung KL. Jadi hari ini, kami pun membuat persediaan makanan untuk dibawakan esok sebagai makan tengah hari.
  • Makanan yang disediakan adalah kentang putar (mashed potatoes) dan telur rebus.
  • Kanak-kanak telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sekumpulan mengikut arahan Cikgu Ng (黄老师 ) untuk menyediakan kentang putar. Lagi sekumpulan pula menyediakan telur rebus bersama dengan saya.
  • Walaubagaimanapun, api dapur gas yang saya gunakan sangat kecil. Jadi kumpulan kami telah menunggu dengan lama untuk air itu mendidih. Akhirnya, kentang rebus pun telah siap direbuskan, kami pun pindahkan periuk kami ke dapur gas kentang rebus. Dalam 2 minit sahaja, air kami sudah mendidih. haha... 
  • Selepas penantian yang lama, mereka cepat-cepat mengopek kulit telur dan hancurkan telur dengan garpu, supaya boleh diberikan kepada Cikgu Ng untuk dicampurkan sekali dengan kentang putar dan mayonis.
  • Apabila makanan sudah siap, Cikgu Ng bagi setiap murid-murid rasa sedikit makanan yang disediakan mereka sebelum kami simpankan untuk esok. Mereka sangat gembira sebab makanan yang mereka masak sendiri sangat lazat!














Sunday, May 8, 2016

Burung Madu, Angsa

Tarikh: 24hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan / Burung
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Hari ini kami baca 2 petikan - "Burung Madu", "Angsa"


  • Mereka berasa susah nak dipercayai apabila mereka dapat tahu bahawa sayap burung madu boleh bergerak begitu laju.
  • Selepas belajar tentang 2 jenis burung ini, kami berpantun bersama-sama sebelum kelas tamat.


Monday, May 2, 2016

Burung Helang, Pucung, dan Nuri

Tarikh: 25hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan / Burung
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Hari ini pula baca lagi 2 petikan yang mengenai burung, iaitu "Helang Mahu Tangkap Anak Kambing" dan "Burung Pucung Jadi Patung".
  • Di dalam petikan pertama, kanak-kanak dapat mengetahui bahawa helang adalah burung yang besar dan boleh menangkap haiwan yang besar seperti anak kambing. Sebelum ini, mereka ingat burung tidak besar sangat dan tidak cukup kuat untuk menangkap haiwan yang sebesar anak kambing.
  • Dalam petikan kedua pula, burung pucung boleh berpura-pura menjadi patung untuk mengelakkan diri ditangkapi orang, sangat cerdik.
  • Selepas itu, saya bagi kanak-kanak berkongsi buku-buku burung yang dibawakan mereka.
  • Akhirnya, saya telah memilih sebuah buku cerita yang bertajuk "Apa burung nuri boleh buat?" sebelum habis kelas. 
  • Di dalam cerita ini, mereka dapat tahu yang burung nuri bukan sahaja boleh berkata-kata, manakala ia boleh juga menunggang basikal kecil dan main sembunyi-sembunyi. Selain daripada itu, burung nuri dalam cerita ini sangat bising pada waktu tidur sehingga watak utama tidak boleh tidur lena.

Kepak / Sayap

Tarikh: 23hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan / Burung
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Jumpa buku lain yang ada burung, saya pun tunjukkan mereka gambar-gambar burung itu dan suruh mereka sebut nama burung-burung.
  • Ajar mereka lagi satu perkataan yang sama maksud dengan "kepak", iaitu "sayap".

Pantun - Congkak

Tarikh: 22hb Mar, 2016

Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok

Topik: Peralatan / Burung
Masa: 4.00pm - 5.30pm


  • Hari ini ada petikan baru mengenai burung enggang untuk murid-murid belajar lebih mengenainya.

  • Dalam petikan ini menceritakan peranan burung betina dan jantan selepas burung betina bertelur.
  • Selain daripada ini, mereka juga belajar pantun yang baru hari ini.
Bulu hitam dipanggil gagak,
Burung gagak di pohon ara;
Cantik berketam si papan congkak,
Main congkak belajar mengira.

  • Di kalangan mereka ada yang tidak tahu apa itu congkak, jadi saya pun tunjukkan gambar congkak.