Selepas membaca dan memahami petikan ini, mereka berpura-pura menjadi burung enggang. Yang paling mereka suka selain "terbang" di dalam kelas adalah mengeluarkan bunyi bising. haha...
Pada masa yang sama, saya juga mengajar mereka "awan". Sebenarnya mereka telah belajar perkataan ini dalam pantun sebelum ini, tetapi mereka telah lupa maksudnya. Apabila saya ajarkan lagi, mereka baru ingat dan mula berpantun.
Sebelum ini, mereka asyik minta saya bagi mereka membuat kertas kerja mengenai peralatan. Jadi hari ini, saya bagi mereka cuba menulis nama-nama peralatan halaman.
Walaubagaimanapun, sekarang masih terlalu awal untuk mereka membuat kertas kerja ini. Mereka ambil masa yang sangat lama, walaupun jawapan telah ditulis atas papan tulis. Mereka belum biasa merujuk papan tulis dan padankan dengan kertas mereka.
Akhirnya, kebanyakan mereka berjaya menghabiskan kerja ini dengan betul. Pada masa itu, kelas pun dah berakhir.
Hari ini saya membawa peti peralatan tadika ke kelas, untuk menunjukkan mereka peralatan tukang yang telah mereka pelajari.
Walaubagaimanapun, kebanyakan peralatan yang dijumpai di dalam peti tersebut adalah peralatan yang sama, seperti penukul, pemutar skru, dan lain-lain.
Selepas itu, kami mengulangkaji burung-burung yang telah mereka pelajari pada Jumaat lepas, sebelum saya menunjukkan mereka dua lagi jenis burung, iaitu