Monday, July 13, 2015

Kawan Saya

Minggu: 6hb - 10hb Julai, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Kawan Saya
Masa: 3pm - 4pm


  • minggu ini belajar buku besar, unit baru - "Kawan Saya"
  • mereka berlatih menjawab soalan dalam ayat penuh
  • suruh mereka cuba untuk menceritakan apa yang ditunjukkan di dalam gambar. Pada mulanya, mereka tidak dapat cerita dalam bahasa melayu. Tetapi selepas saya membantu menyebut beberapa ayat dan tulis semua perkataan yang diperlukan di atas papan, mereka dapat cerita lebih banyak dan dalam ayat yang betul.
  • Lagu baru - "Chan Mali Chan"


Pekerjaan - Peralatan - Bahagian 2

Minggu: 29hb Jun - 3hb Julai, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm


  • sambung dengan pekerjaan dan peralatan
  • saya tunjukkan gambar-gambar peralatan dalam buku " Kamus Gambar Tematik"
  • membuat kerja kertas mengenai peralatan yang diguna di halaman rumah ataupun yang digunakan tukang kebun


Sunday, July 12, 2015

Pekerjaan - Peralatan

Minggu: 22hb - 26hb Jun, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm


  • Sambung buku tematik, unit "Rumah Saya" dan mula unit baru "Sekolah Saya"
  • Unit "Sekolah Saya" 
    • saya suruh mereka memberitahu apa yang mereka buat di sekolah setiap hari
    • jawapan mereka termasuk baca buku, menulis, melukis, menyanyi, menari, dan lain-lain
  • Sambung dengan permainan minggu lepas - "Pekerjaan". Tetapi kali ini mereka belajar tentang peralatan yang diguna dalam setiap pekerjaan, termasuk
    • tukang kebun - gunting pencantas, serampang, pencakar, dan lain-lain
    • tukang kayu - gergaji, penukul, paku, sesiku, dan lain-lain
  • Mereka membuat kertas kerja mengenai peralatan yang digunakan tukang kayu


Sunday, July 5, 2015

Hari Bapa

Minggu: 15hb - 19hb Jun, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm


Minggu ini mereka telah melakukan beberapa aktiviti, termasuk bermain permainan yang mengenai pekerjaan dan kraftangan hadiah Hari Bapa.

  • Baca buku tematik, unit "Rumah Saya"
  • Permainan mengenai "Pekerjaan" - ditunjukkan 8 gambar yang mempunyai peralatan yang diguna dalam setiap perkerjaan, mereka perlu meneka apa perkerjaan itu.
  • Kraftangan - hadiah untuk "Hari Bapa". lukis gambar bapa, melekat atas bingkai gambar yang diperbuat daripada kertas yang tebal. lepas itu, menghiasi bingkai dan menebuk dua lubang di atas untuk masukkan tali untuk digantung.