Tuesday, June 30, 2015

Buku "Gambar Bertema" - Rumah Saya

Minggu: 8hb - 12hb Jun, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm


Minggu ini saya telah membawakan satu buku bertajuk "Kamus Gambar Tematik". Dalam buku ini ada gambar-gambar yang mengenai benda yang boleh dijumpai di dalam rumah, lebih senang untuk murid-murid mengingati semua nama-nama ini.




Selain daripada itu, saya juga bagi mereka bermain permainan "Huruf Kod". Saya menunjukkan mereka sekeping kertas yang mempunyai beberapa gambar yang tersusun. Mereka perlu menuliskan perbendaharaan kata untuk setiap gambar itu. Selepas itu, mereka menggunakan huruf pertama dari setiap perkataan itu dan menyusun dari kiri ke kanan untuk mencarikan ayat yang disembunyi di sebalik gambar-gambar itu.

Selepas itu, saya suruh mereka menghafalkan semua perbendaharaan kata ini dan mereka kena keluar bergilir-gilir untuk menyebut semula semua perbendaharaan kata ini.

Sunday, June 28, 2015

Rumah Saya - Perabot Dapur Bahagian 2

Minggu: 1hb - 5hb Jun, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm


Minggu ini mereka menyambung dengan projek perabot dapur mereka. Akhirnya, mereka telah siapkan semua perabot dapur yang mereka hendak buat.

Dapur Gas

Singki

Pembakar Roti

Rak Dapur

Selepas itu, saya bagi mereka bermain permainan peranan dengan menggunakan perabot dapur yang telah dibuatkan mereka bercampur dengan permainan perkakas dapur mereka.

Wednesday, June 10, 2015

Rumah Saya - Perabot Dapur

Minggu: 25hb - 29hb Mei, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm


Mereka telah belajar nama-nama ruang/bilik di dalam rumah dan juga nama-nama perabot yang boleh didapati di setiap ruang dan bilik. Jadi, minggu ini saya menyuruh mereka membawa kotak-kotak, botol air plastik, dan benda lain yang boleh diguna semula untuk mereka membuat perabot rumah. Selepas undian, mereka telah memilih untuk membuat perabot di dalam dapur.

Pada awalnya, kami membincang bersama-sama untuk memilih perabot apa yang mereka mahu buat. Akhirnya, mereka telah memilih dapur gas, rak, singki, pembakar roti, dan peti sejuk. Selepas itu, saya suruh mereka memikir bersama-sama benda apa yang boleh digunakan untuk membuat perabot-perabot tersebut dan mereka sendiri memilih barang apa yang boleh mereka tolong bawakan. Pada hari seterusnya, kami pun bermula kerja 'membina' perabot dapur.








Mereka tidak dapat menghabiskan pembuatan perabot mereka pada minggu ini. Mereka akan sambungkan kerja mereka pada minggu depan.

Sunday, June 7, 2015

Rumah Saya

Minggu: 18hb - 22hb Mei, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm


Topik 'Keluarga Saya' telah tamat disebabkan mereka pernah belajar tentang topik ini dan mereka sudah mengenali nama-nama ahli keluarga. Jadi, saya sambung ke unit seterusnya dalam buku besar itu, iaitu 'Rumah Saya'. 

Mereka belajar tentang semua benda yang ada di sebuah rumah, termasuk perabot-perabot di dalam rumah. Seperti pintu, dinding, tingkap, almari, rak, sofa, dan lain-lain. Selain daripada itu, mereka juga belajar tentang nama setiap ruang di dalam rumah, termasuk ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik tidur, dan lain-lain. Saya menyuruh mereka menyebutkan perabot-perabot yang boleh didapati di dalam setiap ruang atau bilik, dan perabot yang disukai mereka sebut adalah 'tong sampah'. hahaha...