Sunday, May 31, 2015

Ahli Keluarga

Minggu: 11hb - 15hb Mei, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm


Topik 'Badan Saya' sudah habis pada minggu lepas. Minggu ini saya bagi mereka guna buku besar yang sudah lama kami tidak baca. Kami sambung dengan unit 'Keluarga Saya'. Kebanyakan mereka sudah kenali perkataan-perkataan untuk ahli-ahli keluarga. Jadi, saya hendak mereka cuba jawab soalan saya dalam ayat penuh. Soalan-soalan yang saya bertanya adalah seperti "Siapa ada abang/kakak/adik di rumah?", "Siapa anak sulung/bongsu di rumah?", "Kamu ada berapa orang abang/kakak/adik?", "Berapakah umur abang/kakak/adik kamu?" dan lain-lain.

Selain daripada itu, mereka juga belajar untuk mengucapkan selamat pagi/tengah hari/petang/malam pada waktu yang berkenaan. Saya mengajar mereka tentang waktu dan masa. Saya melukiskan jam dengan masa atas papan tulis dan mereka perlu menjawab yang ditunjukkan itu waktu apa dan pukul berapa.

Pada hujung minggu, saya telah menunjukkan mereka satu video - "Pada Zaman Dahulu: Kura-kura dan itik". Video ini mengajar kanak-kanak apa maksud itu "nasi jadi bubur".


Sunday, May 24, 2015

Boneka - Bahagian 2

Minggu: 4hb - 8hb Mei, 2015
Kelas: Durian

Guru: Cikgu Kok
Topik: Badan Saya
Masa: 3pm - 4pm


Minggu ini kita sambung kraftangan yang belum habis pada minggu depan - boneka manusia. Selepas mengguntingkan anggota-anggota badan, mereka perlukan menyambungkan semua bahagian anggota badan. Saya menolong mereka untuk menebuk lubang pada setiap sendi dan mereka menyambungkan semua bahagian anggota badan.

Selepas itu, saya bagi mereka pen marker yang berwarna dan kertas-kertas balut hadiah untuk mereka digunakan sebagai hiasan atau baju boneka mereka.








Baju boneka sudah nak disiapkan

Melukis baju boneka

Tengah mengguntingkan baju boneka

Masa untuk mengguntingkan baju boneka

Pereka-pereka baju boneka

Pakaikan boneka baju

Lukiskan baju boneka di atas kertas balut hadiah

Selain daripada pakaikan boneka mereka baju, kebanyakan mereka juga menggunakan pen marker untuk menghiaskan boneka mereka, seperti gelang tangan, cermin mata, pipi yang merah, dan lain-lain. Selepas satu minggu, akhirnya boneka mereka telah disiapkan!







Tuesday, May 19, 2015

Boneka

Minggu: 27hb - 30hb April, 2015
Kelas: Durian

Guru: Cikgu Kok
Topik: Badan Saya
Masa: 3pm - 4pm


Minggu ini, selain daripada latihan yang perlu dibuat pada setiap minggu, mereka pun dah bermula membuat boneka manusia yang mudah. Saya telah melukis rangkaian anggota badan atas kertas untuk mereka. Jadi untuk minggu ini, langkah yang pertama adalah mengguntingkan anggota-anggota badan. Disebabkan kertas yang digunakan adalah yang tebal sikit daripada kertas yang biasa, jadi untuk sesetengah murid-murid susah untuk mereka mengguntingkan. Langkah kedua adalah menyambungkan semua bahagian anggota badan yang telah diguntingkan. Ada beberapa murid-murid telah memulakan langkah kedua. Pada minggu depan, kita akan sambungkan lagi untuk menyiapkan boneka ini.