Minggu: 25hb - 29hb Mei, 2015
Kelas: Durian
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm
Mereka telah belajar nama-nama ruang/bilik di dalam rumah dan juga nama-nama perabot yang boleh didapati di setiap ruang dan bilik. Jadi, minggu ini saya menyuruh mereka membawa kotak-kotak, botol air plastik, dan benda lain yang boleh diguna semula untuk mereka membuat perabot rumah. Selepas undian, mereka telah memilih untuk membuat perabot di dalam dapur.
Pada awalnya, kami membincang bersama-sama untuk memilih perabot apa yang mereka mahu buat. Akhirnya, mereka telah memilih dapur gas, rak, singki, pembakar roti, dan peti sejuk. Selepas itu, saya suruh mereka memikir bersama-sama benda apa yang boleh digunakan untuk membuat perabot-perabot tersebut dan mereka sendiri memilih barang apa yang boleh mereka tolong bawakan. Pada hari seterusnya, kami pun bermula kerja 'membina' perabot dapur.
Mereka tidak dapat menghabiskan pembuatan perabot mereka pada minggu ini. Mereka akan sambungkan kerja mereka pada minggu depan.